Pengurusan murid merupakan salah satu komponen yang penting dalam pentadbiran sekolah. Pengurusan murid yang sistematik dapat mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan tenang. Pengurusan murid yang teratur akan membolehkan setiap masalah berkaitan murid di sekolah dapat diselesaikan dengan mudah dan lancar. Menurut Jaafar Muhammad (1998), pengurusan ialah proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Menurut kamus dewan edisi keempat, murid adalah orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Murid juga dapat ditakrifkan sebagai pelajar atau penuntut. Pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek yang mempunyai fungsinya tersendiri seperti perancangan, pengelolaan, pentadbiran dan pengawalan. Pengurusan rekod murid terbahagi kepada beberapa komponen iaitu:
- rekod kehadiran
- rekod kesihatan
- rekod kokurikulum
- rekod peperiksaan
Bagi memastikan pengurusan murid di sesebuah sekolah berjalan dengan lancar unit khas berkaitan dengan hal ehwal pelajar (HEM ) telah ditubuhkan bagi menguruskan dan menyelia perkara-perkara berkaitan murid.
1.0 Pengurusan Rekod Kehadiran
Kehadiran merupakan satu aspek yang penting dalam pengurusan sekolah. Pengurusan rekod kehadiran yang sistematik akan membantu memudahkan urusan pihak sekolah. Tambahan lagi, pengurusan rekod kehadiran yang sistematik akan membantu pihak sekolah terutamanya guru untuk mengatur strategi pembelajaran dan pengajaran dengan lebih baik. Sejajar dengan perubahan zaman dan kepesatan pembangunan negara dalam pelbagai aspek termasuk aspek teknologi telah menyebabakan sistem pengurusan dan pentadbiran menjadi lebih sistematik dan moden.
Perkembangan teknologi di negara ini telah menyebabkan pelbagai sistem pengurusan berubah termasuk sistem pengurusan kehadiran murid di sekolah. Pada awalnya, pengurusan kehadiran murid di sekolah menggunakan Jadual Kedatangan Murid (JKM) sahaja. Namun begitu, selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju bahawa kehadiran murid hanya direkodkan menggunakan Sistem Kehadiran Murid sahaja. Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan bahawa mulai 2019, semua rekod kehadiran di sekolah hendaklah direkodkan oleh guru kelas dengan menggunakan Sistem Kehadiran Murid.
Walau bagaimanapun, bagi sekolah yang berada di kawasan pedalaman dan jauh dari capaian internet, pihak sekolah masih boleh menggunakan Jadual Kedatangan Murid (JKM) tetapi, pihak sekolah perlu memohon kelulusan daripada Pegawai Pendidikan Daerah atau Pengarah Pendidikan Negeri bagi negeri yang tiada pegawai pendidikan daerah. Jika sekolah mengalami gangguan capaian internet pula, kehadiran murid perlu dicatatkan menggunakan Borang Kehadiran Sementara. Walau bagaimanapun, kehadiran perlu dikemaskini semula apabila capaian internet pulih seperti sedia kala.
Setiap hari, sebelum tamat sesi persekolahan, guru kelas harus memastikan bahawa kehadiran murid pada hari berkenaan dikemaskini di dalam Sistem Kehadiran Murid atau Jadual Kedatangan Murid (JKM). Disamping itu, guru juga harus membuat analisis bulanan kehadiran murid bagi setiap kelas. Analisis tersebut perlu disemak, dicetak dan difailkan pada hari akhir setiap bulan. Pelaksanaan perekodan kehadiran murid ini haruslah disemak oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM). Setiap sistem kehadiran murid boleh diakses melalui laman web yang telah ditetapkan atau melalui aplikasi mudah alih eKehadiran Murid.
Kesihatan merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk membina modal insan yang cemerlamg dari setiap sudut tidak kira dari sudut fizikal, mental, intelek dan lain-lain. Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menitikberatkan soal kesihatan murid. Bagi memastikan setiap murid sihat dan mendapat perlindungan yang sepatutnya, pihak kerajaan telah memberikan perkhidmatan perubatan dan pergigian yang percuma bagi setiap murid. Di mana, setiap murid akan mendapat perkhidmatan kesihatan meliputi suntikan yang sepatutnya dan rawatan pergigian. Tambahan lagi, bagi memastikan kesihatan setiap murid terjamin, pihak KPM telah menyediakan Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM) secara percuma kepada setiap murid manakala guru pula harus memnyimpan setiap rekod kesihatan murid dengan baik dan sistematik untuk dijadikan rujuakn pada masa akan datang.Sesuai dengan perkembanagan teknologi, RKM telah disediakan secara dalam talian sebagai submodal dalam Modul Pengurusan Murid bagi memudahkan rekod dicatatkan dan disimpan serta memudahkan pihak yang berkepentingan membuat rujukan. Pelaksanaan e-RKM ini bermula pada 1 Mac 2017 bagi Tahun 1 sesi 2018 dan boleh diakses melalui laman web apdm yang telag disediakan. Bagi membolehkan pelaksanaan e-RKM berjalan dengan lancar, pihak sekolah telah diarahkan untuk mengedarkan surat makluman kepada ibu bapa supaya mengisi maklumat murid secara dalam talian, memberikan taklimat Rekod Kesihatan Murid semasa hari pendaftaran murid Tahun 1, mengumpulkan dan menyimpan Surat Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga (Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atas), mengesahkan data pengisisna e-RKM sekolah telah lengkap dan juga memastikan status e-RKM dikemaskini.
Berikut merupakan link bagi mengetahui lebih lanjut tentang cara pengurusan rekod kesihatan murid : https://youtu.be/cJdNR-Jkztc
![]() |
| contoh aktiviti SEGAK |
Sebagai kesimpulannya, pengurusan murid merangkumi aspek utama yang terdiri daripada merekod murid, persediaan murid untuk belajar dan memotivasikan murid yang merupakan bidang terpenting dalam sekolah kerana cara pelaksanaanya di sesebuah sekolah akan mencerminkan prestasi sekolah itu sendiri. Pengurusan murid sangat berkait rapat dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti serta mampu membawa perubahan kepada negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Oleh itu, pengurusan murid yang baik melahirkan murid yang mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi dengan harapan akan menjadi insan yang cemerlang dan berkaliber.
.png)



.jpg)





Tiada ulasan:
Catat Ulasan